Isnin, 16 Mac 2009

Sejarah RTM Kelantan

SEJARAH RTM KELANTAN:

· Stesen daerah/tempatan tertua di Semenanjung Malaysia. Mula beroperasi pada tanggal 16 hb. November 1963, dikenali dengan Radio Malaysia Kota Bharu.-Radio 3 Kota Bharu-Radio Malaysia Kelantan (sekarang).· Bagaimana pun perasmian pembukaannya dilakukan setahun kemudian iaitu pada 6hb November 1964 oleh Al Sultan Kelantan.

· Awal penubuhan stesen ini merupakan ibu pejabat bagi Kawasan Timur sehinggalah pada tahun 1972.

TUJUAN UTAMA PENUBUHAN:

· Merapatkan lagi hubungan dengan masyarakat tempatan.· Mengenengahkan kebudayaan tradisional rakyat Kelantan agar terus subur.· Mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian, penulisan serta lakunan.

LOKASI Kelantan fm:

· Terletak kira-kira 6 Kilometer dari pusat bandar Kota Bharu. · Keluasan stesen 5 hektar, terdiri dari bangunan pejabat, studio, pemancar, padang aerial.· Antara kemudahan yang ada ialah bilik pusat kawalan, studio ceramah, studio suntingan, auditorium dan bilik hubungan Kelantan fm.

ANGGOTA:

84 orang·
18 orang bahagian rancangan.
22 orang bahagian Pentadbiran
43 orang bahagian Kejuruteraan.

JADUAL SIARAN

Bagi menghadapi persaingan yang semakin sengit, diperkenalkan penjadualan baru mulai 1 hb Jun 2000. Terbahagi kepada 5 segmen utama dengan motto "Penuhi Citarasa Anda"

0600-1000 Ceria Pagi

-Tumpuan kepada hiburan bermaklumat, pendidikan dan motivasi.

1000-1400 Gala

-Tumpuan kepada hiburan segar, mesra dan rancak, Maklumat pendidikan, kesihatan wanita dan kanak-kanak.

1400-1800 [AKOK] Apa khabar Orang Kita

Siaran dalam loghat Kelantan.
Mengandungi segmen Suara Felda
Rampai Budaya [Kayanya Bahasa Kita]
Seloka Bersahut
Bintang Realiti
Dikir Barat/Mak Yong/Wayang Kulit
Sketsa [Drama Daerah]

1800-2100 Selekta

-berkonsepkan keagamaan dan kerohanian dan lagu nostalgia

2100-2400 Inspirasi

-lagu-lagu bertenaga, khusus untuk remaja

STESEN KEMBAR· Tiara Mesra Kelantan fmbersama Stesen Terengganu fm dan Pahang fm setiap Rabu jam 915 ~ 1000 malam.·

PENDENGAR·

Siaran Kelantan fm meliputi 95 % penduduk Kelantan. · juga diikuti oleh Penduduk di kawasan utara Terengganu dan juga Selatan Thailand.· Jumlah pendengar hampir sejuta orang termasuk Terengganu dan juga Selatan Thailand.·
48% pendengar berumur 35 tahun keatas.
52% pendengar 15 tahun keatas.
67% pendengar berpendapatan 1000 kebawah.
29% pendengar berpendapatan 10001 keatas.
58% pendengar di kawasan luar bandar.
42% di kawasan bandar.

sumber daripada: http://www.shektasikan.blogspot.com/

Ingatan Yang Mengerikan

GUA MUSANG: Seorang juruhebah radio Kelantan FM menyifatkan kemalangan jalan raya yang menimpa ahli keluarganya sebagai mimpi ngeri kerana sebuah kereta Proton Saga yang dirempuhnya terputus dua dalam kejadian di Kilometer 43.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, pagi kelmarin.Jamaliah Mohd Romi atau lebih dikenali pendengar sebagai ‘Kak We’ trauma mengingati kemalangan itu yang turut menyebabkan dia terpaksa menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).Dia yang cedera di muka dan lidah menerima rawatan awal di Pusat Kesihatan Bandar Ciku sebelum dihantar ke hospital itu bersama seorang anak perempuannya, Nurul Khairiah Mohd Nawi, yang turut cedera dalam kemalangan itu.Dalam kejadian kemalangan kira-kira jam 11.30 pagi itu, kereta dinaiki juruhebah berkenaan dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lipis merempuh sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki hingga terputus dua.Kejadian itu berlaku apabila kereta yang dinaiki juruhebah berkenaan yang dipandu suaminya, Mohd Nawi Mat Nor, cuba memotong beberapa kereta sebelum secara tiba-tiba salah satu kereta terbabit membelok ke kanan laluan untuk memasuki jalan ke Bandar Ciku.Mohd Nawi yang gagal mengawal kenderaan merempuh kereta berkenaan menyebabkannya terputus dua sebelum kereta berkenaan tercampak ke kiri dan kanan jalan, manakala tiga lelaki yang menaiki kereta itu tercampak di atas jalan raya.Pemandu kereta terbabit yang belum diketahui namanya berusia 36 tahun cedera parah dan dikejarkan ke Pusat Kesihatan Bandar Ciku sebelum dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK) dan dua lagi penumpang kereta berkenaan berusia 33 dan 35 tahun hanya cedera ringan.Tiga lagi yang cedera ringan mendapat rawatan sebagai pesakit luar adalah Mohd Nawi dan dua anak lelakinya, Ahmad Amirul dan Ahmad Alif Mustakim. Menurut Jamaliah, dia bersama suami dan tiga anaknya dalam perjalanan untuk menghantar anaknya, Nurul Khairiah, pelajar tahun dua Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang.“Saya tidak dapat melupakan kejadian ini yang dianggap sejarah ‘hitam’ dalam hidupnya kerana sebelum ini belum pernah berhadapan dengan situasi seperti itu, saya bersyukur kerana kami sekeluarga selamat walaupun saya mengalami kecederaan.“Bagaimanapun, saya mula berasa takut untuk menaiki kereta lagi kerana teringatkan kejadian itu dan kereta yang dirempuh terputus dua,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Ahmad Termizi Abd Haq, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan semua mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan.Menurutnya, semua mangsa yang cedera kini berada dalam keadaan stabil dan tidak membimbangkan.

Selasa, 10 Mac 2009